Menangi Hati Wanita, Berhenti Jadi Pencemburu

KECEMBURUAN tidak sahaja mengakibatkan hubungan seseorang jadi tidak sihat, tetapi juga tertutupnya ruang untuk memenangi hati wanita idaman. Benarkah?

Untuk mendapatkan wanita idaman, lelaki memang perlu melancarkan sejumlah strategi. Selain jurus untuk memenangi hatinya, lelaki juga perlu tahu apa karakteristik wanita lebih dalam. Berikut ulasannya, seperti dilaporkan Livescience.

Jangan jadi pencemburu

Psychologist menemui bahawa setelah bertemu lelaki yang menarik, wanita cenderung memperkuatkan hubungan tersebut. Kajian tersebut diterbitkan dalam Journal of Personality and Social Psychology dimana melibatkan lebih dari 700 orang lelaki dan wanita.

Dalam sebuah percubaan kajiannya, wanita yang bertemu lelaki bujang atau seorang lelaki berpasangan sekalipun yang main mata dengannya akan diabaikannya. Wanita yang bertemu dengan lelaki bujang kira-kira 18 peratus mengatakan bahawa mereka akan memaafkan orang lain yang berbohong dengan alasan membatalkan date atau tingkahlaku yang menyakitkan hati. Dalam situasi yang sama, lelaki yang bertemu wanita bujang kira-kira 12 peratus akan memaafkan tingkahlaku yang menyakitkan hati dari pasangannya.

Terlalu agresif

Ibarat pertandingan, wanita memang mencari calon pasangan terbaik untuknya sehingga lebih selektif. Namun untuk asmara jangka panjang, wanita lebih suka jika pasangannya tidak agresif, menurut kajian yang diterbitkan Journal Personal Relationships.

Jeffrey Snyder, candidate doctor dan anthropologist di UCLA menemukan  bahawa wanita lebih menyukai lelaki yang bergantung kepada prestij atau keterampilan tertentu dan prestasinya dibandingkan lelaki yang berperilaku agresif untuk mencapai sesuatu.

Artikel Terkait Metroseksual