Kenali Tanda Kesuburan Seorang Wanita

PERNIKAHAN tanpa kehadiran anak sering menjadi pemicu pertengkaran pada pasangan suami isteri. Namun kadang-kadang seorang suami harus menghadapi kenyataan bahawa sang isteri kurang subur.

Kesuburan pada seorang wanita biasanya bermula dari usia 12 tahun hingga 48 tahun. Anda belum mengetahui tanda-tanda wanita subur? Berikut ada tips sederhana yang boleh membantu Anda.


Kitaran haid

Wanita yang mempunyai kitaran haid teratur setiap bulan biasanya subur. Satu putaran haid dimulai dari hari pertama keluar haid hingga sehari sebelum haid datang kembali, yang biasanya berlangsung selama 28 hingga 30 hari. Oleh kerana itu kitaran haid dapat dijadikan indikasi pertama untuk menandakan seorang wanita subur atau tidak.


Alat pencatat kesuburan

Kemajuan teknologi seperti ovulation thermometer juga dapat dijadikan sebagai alat untuk mengesan kesuburan seorang wanita. Thermometer ini akan mencatat perubahan suhu badan ketika wanita mengeluarkan benih atau sel telur. Bila benih keluar, biasanya thermometer akan mencatat kenaikan suhu sebanyak 0,2 darjah celsius selama 10 hari. Namun jika wanita tersebut tidak mengalami perubahan suhu badan pada masa subur, bererti wanita tersebut tidak subur.


Ujian darah

Wanita yang kitaran haidnya tidak teratur, seperti datangnya haid tiga bulan sekali atau enam bulan sekali biasanya tidak subur. Jika dalam keadaan seperti ini, beberapa ujian darah perlu dilakukan untuk mengetahui penyebab dari tidak lancarnya kitaran haid. Ujian darah dilakukan untuk mengetahui kandungan hormon yang berperanan pada kesuburan seorang wanita.


Pemeriksaan fizikal

Untuk mengetahui seorang wanita subur juga dapat diketahui dari organ tubuh seorang wanita. Beberapa organ tubuh, seperti buah dada, kelenjar tiroid pada leher, dan organ reproduksi. Kelenjar tiroid yang mengeluarkan hormon tiroksin berlebihan akan mengganggu proses pelepasan sel telur. Sedangkan pemeriksaan buah dada ditujukan untuk mengetahui hormon prolaktin di mana kandungan hormon prolaktin yang tinggi akan mengganggu proses pengeluaran sel telur. Selain itu, pemeriksaan sistem reproduksi juga perlu dilakukan untuk mengetahui sistem reproduksinya normal atau tidak.


Track record

Wanita yang pernah mengalami keguguran, baik disengajakan ataupun tidak, peluang jangkitan kuman pada saluran reproduksi akan tinggi. Kuman ini akan menyebabkan kerosakan dan penyumbatan saluran reproduksi. Oleh kerana itu, track record wanita yang pernah mengalami keguguran juga harus diperhatikan.

Nah, dengan beberapa tips sederhana ini tentu tidak salah jika seorang lelaki memutuskan untuk menikah lebih selektif. Kesuburan calon isteri juga harus diperhatikan demi kebahagian yang sempurna dengan hadirnya sang buah hati.

Artikel Terkait Seksualiti