Kajian menunjukkan, perempuan dengan gangguan kesehatan mental, termasuk depresi major dan gangguan makan, cenderung mengalami masalah dalam kehidupan seksualnya. Perkara yang sama juga boleh ditemui pada ibu-ibu muda. Akan tetapi, masalah gangguan seksual ini masih belum terlalu jelas.
Dalam kajian terbaru, penyelidik menemui bahawa perempuan yang mengalami anorexia atau depresi cenderung melakukan hubungan seks lebih kerap dibandingkan ibu baru.
Walau demikian, dalam kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Eating Disorders mengungkapkan, perempuan yang mengalami anorexia kemungkinan juga mengalami masalah yang sama selama berhubungan intim.
"Dalam kajian ini disebutkan bahawa anorexia dan depresi ibu baru mempunyai masalah kehidupan seksual walaupun berzeda," kata Ketua Christchurch School of Medine and Health Science, Otago University, di New Zealand, Dr Frances A Carter.
Kajian yang dilakukan dengan menyebar questionnaire kepada 76 perempuan yang diambil dalam tiga bahagian, iaitu menggunakan 10 perempuan penderita anorexia, 24 dengan depresi major, dan 42 yang baru saja melahirkan anak sekurang-kurangnya dua bulan.
Keseluruhan subjek adalah perempuan yang telah berkahwin atau dalam hubungan yang relatif lebih stabil.
Secara keseluruhan, kajian Carter menemui bahawa 80 peratus perempuan yang mengalami anoreksia atau depresi mempunyai masalah dalam berhubungan intim selama dua minggu dibandingkan perempuan yang baru bersalin yang hanya setengahnya.