Lelaki Perlu Tahu Perkara Ini dari Wanita

LELAKI kerap malu mengetahui banyak perkara tentang wanita. Padahal, pengetahuan tersebut bermanfaat untuk menjalin hubungan lebih baik dengan wanita di kemudian hari.

Tidak semua perkara tentang wanita diketahui oleh seorang lelaki. Demikian, lelaki perlu menggali lebih dalam agar mampu memerlakukan wanita dengan romantis. Berikut rahsianya, seperti dilaporkan Livescience.


Wang, Cinta dan Minat

Wanita ingin kelihatan menonjol dan cerdas. Meskipun lelaki tidak mampun mengendalikan karakteristik tersebut lebih jauh, Anda dapat mengambil hatinya melalui wang dan karakter. Sebuah kajian pada bulan Desember terhadap lebih dari 1,000 mahasiswa mengungkapkan bahawa karakteristik teratas dari wanita  ialah adanya ketertarikan dan cinta, karakter yang dapat diandalkan dan kestabilan emosi.

Sebuah survei terhadap lebih dari 5,000 pasangan AS yang diterbitkan dalam Journal Social Forces  tahun 2006 menyarankan bahawa wanita paling bahagia dalam pernikahannya iaitu ketika pasangannya menunjukkan keterlibatan emosional pada tahap yang tinggi, dapat mengekspresikan emosi positif, perhatian terhadap isteri dan meluangkan waktu khas untuk menjaga kualiti hubungan.


Ucapan Terima Kasih

Ketika serius menjalinkan komitmen, banyak pertengkaran mengenai urusan domestik dan wang menjadi punca masalah utama dalam pernikahan. Dan kajian menunjukkan bahawa wanita memainkan peranan terbesar untuk mengurus hal tersebut.

Untuk memberikan penghargaan dan membuat wanita bahagia, salah satu cara sederhana yang boleh dilakukan lelaki iaitu mengucapkan  terima kasih. Hasil kajian dari pasangan menikah mengungkapkan bahawa orang-orang yang merasa dihargai pasangannya memiliki kebencian lebih sedikit  meski dihujani tanggung jawab urusan domestik. Mereka yang merasa dihargai juga menunjukkan kepuasan yang lebih tinggi dengan hubungan mereka dibandingkan dengan peserta lainnya.

Artikel Terkait Metroseksual