Satu perkara yang pasti dalam mengukur watak dan karakter seseorang itu (baik lelaki mahupun wanita) berdasarkan kepada keperibadiannya masing-masing. Kerana pada dasarnya setiap orang mempunyai kombinasi dari dua keperibadian. Umumnya salah satunya lebih dominan, kadang-kadang juga kedua-duanya seimbang.
Kita dapat menilai seseorang melalui keperibadiannya iaitu ekstrovert dan introvert. Yang paling membezakan antara kedua-duanya, orang yang berkeperibadian ekstrovert lebih mengaktualisasikan diri keluar sementara kepribadian introvert lebih menekuni diri sendiri.
Walaupun demikian bila dikaitkan dengan prestasi seseorang. Biasanya orang yang memiliki keperibadian ekstrovert cenderung optimistis dan berterus terang. Kombinasi ini menghasilkan individu yang sangat energik. Mereka punya daya tarik serta banyak bicara sambil menyelesaikan pekerjaan mereka.
Sedangkan mereka yang memiliki kepribadian introvert, cenderung pesimistis, dan lembut. Mereka melakukan segala sesuatu dengan sempurna dan tepat waktu, tidak mahu mengambil sikap konfrontatif. Namun orang dengan tipe ini akan mudah kehabisan energinya jika berurusan dengan orang lain. Kerana Dia lebih senang berjuang dengan diri sendiri, dibandingkan untuk bersosial.
Jadi ketika kita melihat seorang lelaki berdasar keperibadiannya, maka kita dapat mempelajari watak dan karakternya. Salah satunya jika dia suka otomotif maka biasanya memiliki sifat berani menghadapi cabaran, cerdas, teliti, dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Dia juga bersemangat dan biasanya membuat keputusan dengan cepat. Sedangkan jika dia suka bersukan maka sifatnya sportif, sangat memerhatikan penampilan dan kesihatan.