Cinta tak hanya jatuh pada hati. Fizikal pun menjadi perkara yang tak kalah menentukan. Tidak hanya lelaki sahaja yang kerap menilai pasangannya dari bentuk fizikal, rupa-rupanya wanita juga kerap melakukan perkara yang sama. Setiap bahagian dari tubuh lelaki boleh menentukan usia hubungan. Harus ada sesuatu yang dibanggakan dari sang kekasih termasuk bentuk tubuhnya.
Dr Handrawan Nadesul menjelaskan, 10 bagian tubuh lelaki yang memikat wanita jika ditilik dari survei Sunday Time dapat senaraikan seperti berikut, bermula dari sasa (39%), ramping (15%), tidak buncit (13%), sorot mata (11%), kaki panjang (6%), dan tinggi tegap (5%). Selain itu wanita juga suka dengan rambut (5%), leher (3%), Mr P (2%), dan dada berotot (1%).
"Lelaki memang sering salah sangka bahawa wanita suka dengan dada berotot, tangan berotot ataupun Mr P. Padahal belum tentu wanita menginginkan perkara tersebut," katanya saat ditemui di program talkshow di pejabat Sun Hope, Jakarta Selatan.
Berdasar survei tersebut, katanya, 10 bahagian tubuh lelaki, yang dianggap lelaki memikat wanita adalah dada berotot (21%), tangan berotot (18%), Mr P (15%), tinggi tegap (13%), perut rata (9%), ramping (7%), rambut (4%), sasa (4%) sorot mata (4%), dan tungkai (3%).
Sebuah hubungan memang semestinya harus dilalui dengan proses saling melengkapi keperibadian dan karakter dari pasangan masing-masing.
"Dalam cinta itu ada tiga elemen iaitu passion, intimacy, dan commitment. Ketiga-tiga elemen ini memang harus dilalui oleh pasangan masing-masing untuk mendapatkan hubungan yang indah di masa akan datang," tambahnya.
Walaupun begitu, dalam proses intimacy sebaiknya dihadkan jangka masa maksima dua tahun. Perkara tersebut berdasarkan survei bahawa seseorang yang mengalami jatuh cinta itu akan mencapai klimaks pada usia dua tahun hubungan. Tapi, ada catatan bahawa hubungan itu murni tanpa berbaur dengan romansa seks.
"Supaya intimacy itu murni memang tidak boleh diganggu dengan seks. Makanya kalau sudah dua tahun bercinta jika tiada keseriusan dari pasangan masing-masing, itu patut dipersoalkan," tegasnya.